Zens Family
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Tok forum dipolah khas pakey keluarga-keluarga kita, dan keluarga terdekat.. so... apa2 hal, ngkah rah sitok.. gambar raya.. announcement, perbincangan keluarga.... semua kat sitok. Mari kita mengeratkan silaraturrahim....
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Nombor panjang dari indonesia

Go down 
2 posters
AuthorMessage
emazens
Admin / Founder
Admin / Founder
emazens


Number of posts : 293
Age : 42
Location : Kuching
Registration date : 2008-04-17

Nombor panjang dari indonesia Empty
PostSubject: Nombor panjang dari indonesia   Nombor panjang dari indonesia Icon_minitimeTue May 20, 2008 3:49 pm

KEPADA KWN-KWN SEMUA YANG DIKASIHI JIKALAU ANDA MENDAPAT PANGGILAN
TELEFON
YANG BERNOMBOR PANJANG CNTH: 62852731520946 DAN

NOMBOR ITU
BERWARNA MERAH, DIHARAP-HARAP SANGAT JANGAN DIANGKAT DAN DIJAWAB
PANGGILAN
ITU INI KERANA DI
INDONESIA
SEKARANG

SEKUMPULAN PENUNTUT ILMU HITAM SEDANG MENGUJI ILMU MEREKA
MELALUI TELEFON.
JIKA SESIAPA YANG MENJAWAB PANGGILAN ITU MULUT

AKAN
BERBUIH DAN AKAN MATI SELEPAS ITU. DI
INDONESIA
SUDAH 9 ORANG MATI
DAN MALAM TADI DI PUCHONG 2 ORANG MATI. INI
BENAR-BENAR

TERJADI. TOLONG SEBARKAN MESG INI.
Back to top Go down
http://sharifahhuzaimah.com
emazens
Admin / Founder
Admin / Founder
emazens


Number of posts : 293
Age : 42
Location : Kuching
Registration date : 2008-04-17

Nombor panjang dari indonesia Empty
PostSubject: Re: Nombor panjang dari indonesia   Nombor panjang dari indonesia Icon_minitimeTue May 20, 2008 3:51 pm

ekoran dari msg itu..........

Panggilan
]
santau karut
[

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Amir Abdul Hamid, Salman Hamat, Norfaisal Jahuri dan Sulaiman Salleh
am@hmetro.com.my

KUALA
LUMPUR
:
Menggemparkan! Ramai pengguna telefon bimbit mula panik berikutan
penyebaran SMS yang meminta orang ramai berhati-hati dengan panggilan
santau atau ‘tarik nyawa’ yang kononnya boleh membunuh mereka sejurus
menjawab panggilan itu.

Lebih menakutkan apabila kandungan SMS itu mendakwa panggilan maut itu sudah meragut sembilan nyawa di
Indonesia sejak bulan lalu dan kini mula menular kepada jutaan pengguna telefon di negara ini bagi menagih korban terbaru.

Kemunculan SMS
peringatan berhubung panggilan maut yang kini amat digeruni penduduk
Indonesia
dikesan mula diterima pemilik telefon bimbit di negara ini sejak minggu
lalu dengan amaran supaya tidak menjawab panggilan telefon daripada
nombor melebihi lapan angka itu.


Malah,
panggilan terbabit yang
turut
digelar di Indonesia sebagai panggilan santet, deringan syaitan atau
telefon maut, didakwa angkara pengamal ilmu hitam yang kononnya mahu
menguji tahap keberkesanan ilmu hitam dipelajari.




Berdasarkan laporan media utama
Indonesia,
penerima panggilan itu bakal menjadi mangsa ‘kes pembunuhan jarak jauh’
didalangi dukun ilmu hitam yang menghantar syaitan atau jin
melalui panggilan telefon untuk membunuh mangsa.

Bagaimanapun,
dakwaan terbabit dianggap tidak berasas kerana tiada yang dilaporkan
mati setakat ini berkaitan penerimaan panggilan maut yang kini merebak
ke
Malaysia, dipercayai
dibawa rakyat negara berkenaan.


Siasatan dilakukan pihak berkuasa
Indonesia mendapati
nombor pengirim SMS itu berasal dari Sumatera Selatan dan
Kepulauan Riau,
Indonesia.


Susulan
maklumat dikumpulkan, seorang remaja perempuan yang disyaki mencipta
dan menghantar SMS terbabit sudah ditahan minggu lalu oleh polis
Indonesia di Riau.

Selepas disoal siasat, remaja terbabit mengaku menyebarkan SMS itu hanya untuk gurauan kepada rakannya.

Perkara
itu
didedahkan Ketua Bahagian Umum Direktorat Jenderal Pos dan
Telekomunikasi Indonesia, S Dewabrata kepada media, Selasa lalu, yang
mendakwa SMS terbabit dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu
bagi mengaut keuntungan selain meningkatkan jumlah pelanggan talian
prabayar.

Bagaimanapun, kegemparan mengenai kes itu berterusan
apabila laman web berita Kompas.Com semalam melaporkan, seorang pegawai
bank ABN di Jalan Petamburan,
Jakarta, menjadi individu terbaru menerima panggilan berkenaan selepas M Fani Bratawijaya, 25, sebelah tengah hari.

Pejabat Harian Metro di sini, Melaka dan Seremban turut dihujani panggilan telefon bertanyakan mengenai SMS terbabit.

Mesej
sepanjang 73 perkataan itu menyatakan kumpulan terbabit akan
menghubungi sesiapa menerusi talian antarabangsa secara rambang dan
sebaik saja mangsa menjawab panggilan itu mereka kononnya akan mati
terkena sihir.

Pengguna telefon bimbit talian prabayar, Ismail Che Nordin, 42, turut
melahirkan kegelisahan selepas menerima SMS terbabit sebaik tiba di
pejabatnya di Taman Segar, Cheras, pagi semalam.

Menurutnya, kemunculan SMS itu boleh mencetuskan ketakutan kepada orang
ramai yang menyangka panggilan santau benar-benar wujud dan boleh
mendatangkan malapetaka kepada pemilik telefon bimbit.

“Lebih menakutkan apabila SMS terbabit mendakwa dua mangsa di Puchong
sudah mati dan meminta disebarkan kepada umum,” katanya yang bekerja
sebagai jurujual di sebuah syarikat di Selayang di sini.

Di SEREMBAN,
seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali Sufiah berkata, dia
mengetahui mengenai penyebaran SMS itu daripada beberapa rakan
sekerjanya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, dia menerima SMS itu petang semalam yang mengingatkannya
supaya mengambil langkah pencegahan awal apabila menerima panggilan
daripada kumpulan yang dikatakan sedang menguji ilmu hitam.

“Kami mengharapkan pihak yang berkenaan menyiasat penyebaran SMS
terbabit kerana boleh menjejaskan akidah kalau ada orang yang percaya,”
katanya kepada Harian Metro, semalam.

Dia juga berharap supaya mereka yang menerima SMS itu tidak menghantarnya kepada orang lain kerana sukar diterima akal.

“Bagaimana orang yang menulis SMS itu boleh mengetahui berapa ramai
yang sudah meninggal dunia sedangkan kes seperti itu tidak pernah
dilaporkan media, malah ajal manusia ditentukan Tuhan bukan keran
a menjawab panggilan telefon,” katanya.
Back to top Go down
http://sharifahhuzaimah.com
pudin
Ahli yang terer ngepost
Ahli yang terer ngepost
pudin


Number of posts : 41
Age : 38
Registration date : 2008-04-18

Nombor panjang dari indonesia Empty
PostSubject: Re: Nombor panjang dari indonesia   Nombor panjang dari indonesia Icon_minitimeWed May 21, 2008 3:22 pm

x pasti juak eh...
boleh cayak ka x....
tp mun tkt apa2 hal,jgn jak jwb....
Back to top Go down
Sponsored content





Nombor panjang dari indonesia Empty
PostSubject: Re: Nombor panjang dari indonesia   Nombor panjang dari indonesia Icon_minitime

Back to top Go down
 
Nombor panjang dari indonesia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Doa Penyakit Menular - Dari Cik Man
» Manok Sambal - Dari Epi Loren
» Info Kesihatan: MENINGITIS (Dari Cik Man)
» Bahan yang diperbuat dari kulit khinzir...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Zens Family :: Berita :: Berita luar-
Jump to: