Zens Family
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Tok forum dipolah khas pakey keluarga-keluarga kita, dan keluarga terdekat.. so... apa2 hal, ngkah rah sitok.. gambar raya.. announcement, perbincangan keluarga.... semua kat sitok. Mari kita mengeratkan silaraturrahim....
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz

Go down 
AuthorMessage
emazens
Admin / Founder
Admin / Founder
emazens


Number of posts : 293
Age : 42
Location : Kuching
Registration date : 2008-04-17

16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz Empty
PostSubject: 16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz   16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz Icon_minitimeSat May 10, 2008 12:53 pm

16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz Dynaz_kawen
Utusan
Malaysia: Tepat jam 11.40 pagi, pelakon popular Wan Intan Edrinaz Datuk
Wan Mokhtar (Dynaz) 25 tahun telah diijabkabulkan dengan Mohd Hafizi
(Fizy) Mohd Hafiz 36, di rumahnya. Majlis tertutup dihadiri oleh
kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan
sahabat handai kedua-dua belah pihak. Pasangan ini telah dinikahkan
sendiri oleh ayah Dynas, Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamed, dan hanya
dengan sekali lafaz Dynaz sah bergelar isteri Fizy. Pelakon Kayangan
ini kelihatan anggun bergaya mengenakan kebaya lace klasik rekaan
Calvin Thoo. Kasut ala-cindarella yang dipakai Dynaz pada hari
pernikahannya juga merupakan sentuhan Calvin Thoo yang juga teman baik
kepada pelakon tinggi lampai ini. Pada majlis sederhana tetapi meriah
ini, Dynaz telah menerima mas kahwin RM1001 dan wang hantaran RM15,000
daripada suaminya, Fizy. Fizy mengucup dahi isteri tercinta, Dynaz
ketika upacara membatalkan air sembahyang.


16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz Dynaz_kawen2
Majlis
membatalkan air sembahyang berlangsung sejurus selepas Fizy menunaikan
solat sunat syukur memohon restu yang Maha Esa memberkati ikatan suci
yang baru dibina bersama isteri tercinta. Fizy memberikan isterinya
sembilan dulang hantaran dan dibalas sebelas hantaran daripada pihak
perempuan. Antara barang hantaran oleh pihak lelaki adalah tas tangan
jenama Luis Vuitton serta kasut tumit tinggi jenama Gucci, dua pasang
kain kebaya, cincin dan rantai pemberian ibu Fizy, set barang kemas
jenama Aigner, pewangi jenama Marc Jacob, Telekung, sejadah dan
senaskhah Al-Quran.


Sementara itu, hantaran balas daripada pihak
perempuorder=1 an adalah sepasang baju Melayu, kain songket, sejadah,
dompet dan tali pinggang jenama Gucci, kasut jenama Gucci, pewangi YSL,
sepasang sut, topi keledar jenama ARAI dari Jepun, jam tangan
Brietling, cincin jenama De Jam, sebiji kek dan dulang mengandungi buah
strawberi. Dynaz yang ditemui selepas upacara akad nikah melahirkan
rasa terharu dan gembira kerana semua yang dirancang berjalan lancar
dan baginya Fizy adalah jejaka yang istimewa di hatinya. Kerana
kesibukan kerja pasangan ini terpaksa menangguhkan impian bulan madu
mereka untuk seketika Pasangan ini akan bersanding secara tertutup di
kediaman Dynaz di Seksyen 9, Shah Alam malam ini, manakala sebuah
majlis resepsi lagi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya pada 22 Mac ini. Kedua-dua mempelai ini hanya bakal berbulan
madu di Pulau Boracay, Filipina pada bulan April nanti.
Back to top Go down
http://sharifahhuzaimah.com
 
16 Mac 2008 : Perkahwinan Dynaz
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Persediaan Perkahwinan
» Fesyen 2008
» Euro 2008 - TShirt
» Gerak Usahawan at Waterfront on 25of july Until 27/08/2008

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Zens Family :: Berita :: Berita hal artis-
Jump to: