Kita telah sedia maklum bahawa Pak Ed, telah pun kembali kerahmatullah pada 2 minggu yang lepas.
Kepada keluarga Pak Ed, kamek orang anak cucu Zens bersedia membantu, menhulurkan bantuan, mun kitak orang memerlukan.
Kami juga bersedih hati, dan kamek, Ema, mintak maaf mun nulis tok menghiris perasaan mana-mana keluarga Pak Ed, tapi kamek rasa elok lah kita berkongsi luahan hati bersama di sitok.
Terus terang kamek nak madah, kehilangan Pak Ed amatlah dirasai. Kamek maseh ingat dgn jenaka, gurau senda nya pada tahun lepas, sebelum nya sakit.
Pak Ed lah penyeri majlis, dan selalu nya kita ahli keluarga mendongak palak dengar apa dipadahnya.... dan sik akan kerin gusi kita tetak....
Kepada anak-anak Pak Ed, especially Rin, kamek orang akan ada di sisi kitak. Jangan kitak orang bingong mun ada berlaku apa-apa.. Hubungi kamek orang, kamek org sepantas kilat akan cuba menolong.
Di harap kitak bersabar, dan dpt nerimak apa yang berlaku.
Dan sememangnya, pemergian Pak Ed, seorang ahli keluarga yang disayangi, amat dirasai oleh semua.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. AMIN.AL-FATIHAH