Zens Family
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Tok forum dipolah khas pakey keluarga-keluarga kita, dan keluarga terdekat.. so... apa2 hal, ngkah rah sitok.. gambar raya.. announcement, perbincangan keluarga.... semua kat sitok. Mari kita mengeratkan silaraturrahim....
 
HomePortalLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Info Kesihatan: MENINGITIS (Dari Cik Man)

Go down 
AuthorMessage
emazens
Admin / Founder
Admin / Founder
emazens


Number of posts : 293
Age : 42
Location : Kuching
Registration date : 2008-04-17

Info Kesihatan: MENINGITIS (Dari Cik Man) Empty
PostSubject: Info Kesihatan: MENINGITIS (Dari Cik Man)   Info Kesihatan: MENINGITIS (Dari Cik Man) Icon_minitimeTue May 19, 2009 11:31 am

PENYAKIT MENINGITIS

Apakah Penyakit Meningitis ?
Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.

Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur.

Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak
terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Cara Jangkitan

Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis


5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.

Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-
- Demam
- Sakit kepala yang teruk
- Loya
- Muntah
- Ketegangan atau sakit pada tengkuk
- Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
- Ruam pada badan
- Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)

Rawatan Penyakit Meningitis
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Penyakit Meningococcal
Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

Kompilasi Penyakit Meningitis

Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

Pencegahan Melalui Pelalian Vaksin Meningococcal
- Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135
- Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah

- Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh menberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.

- Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

- Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta
Back to top Go down
http://sharifahhuzaimah.com
 
Info Kesihatan: MENINGITIS (Dari Cik Man)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Doa Penyakit Menular - Dari Cik Man
» Nombor panjang dari indonesia
» Manok Sambal - Dari Epi Loren
» Bahan yang diperbuat dari kulit khinzir...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Zens Family :: Info Kesihatan-
Jump to: